PROGRAM MENTOR

PROGRAM MENTOR

Ramai orang menceburi bidang perniagaan , tapi tiada mentor dibelakangnya . Tujuan mentor ini bukanlah untuk kesenangan hidup tapi ianya lebih kepada teguran,cadangan, untuk tahu potensi diri . Bakat kamu terserlah tapi tak disedari , mentor akan menegur dari mana kesilapan itu dan cara menghadapinya .

Mentor dapat :
  • Memberi jalan dan ruang berfikir
  • Manfaat ilmu pengetahuan marketing
  • Mencari jalan penyelesaian soal sales
  • Dapat tahu kelemahan diri dan dapat diperbaiki
  • Dapat terokai luas dunia online sales
  • Dapat maklumat yg ringkas dan padat
  • Dapat jana pendapatan hasil idea mentor dan mengikut cara mentor
  • Dapat cara dan teknik close sales dengan customer

Untuk hebat dan berjaya anda perlu ada beberapa perkara yang basic :
  • Rajin membaca
  • Konsisten
  • Komunikasi
  • Yakin
  • Percaya
Rajin membaca
Asas ilmu , jika anda seorang pemalas membaca , tapi mahu berjaya macam orang lain , cemburu tapi malas lagi membaca . Jadikan amalan membaca sesuatu yang bermanfaat tentang produk yang dijual , tentang cara penggunaan , tentang teknologi , tentang agama sekali pun . Pupuk nilai membaca sebagai hobi ke dua . 

Konsisten 
Hari ini anda tak berjaya raih sales , anda rasa ada sesuatu tidak kena , buang sifat negative dalam diri anda itu . Biarpun CEO PROTON pun ada menghadapi kesulitan lebih besar dari itu  . Konsisten promote , lakukan dengan mudah dan tidak menyusahkan diri . Jika sales anda cecah rm 1k sehari , jangan lupakan hari esok , secara konsisten promote barang-barang anda , biarpun ada sales atau pun tidak .

Komunikasi
Perkara penting didalam jualan atau belian . Yang penting jaga adab , sebagai seorang penjual anda harus menjaga adab biarpun dimaki secara online tentang harga mahal or whatever happen . Adab tersebut sangat penting untuk dipelihara secara berterusan . Elakkan bergaduh dengan pelanggan sebelum tidur , ianya mengganggu fikiran dan mood anda . Selakukan be positif . Jika ada masalah macam ni , hubungi mentor anda . dapatkan sokongan moral dari Mentor .

Yakin
Perlu ada keyakinan dengan apa yang kita buat . Tujuan dan matlamat perlu seiring dengan impian . Selalu berangan ok , tapi make sure u ada usaha yang sama taraf dengan sesuatu yang kamu anggankan . Yakin merupakan sifat garang didalam perniagaan , sebab keyakinan perniaga ia dapat melihat jauh kehadapan biarpun duduk disebalik dingding .Potensi kamu adalah bergantung pada diri kamu . Keyakinan yang ada dapat memberi kamu sesuatu yang kamu inginkan .

Percaya
Harus lakukan dengan percaya pada perkara-perkara yang logik dan masuk akal . Berfikiran di luar kotak diharuskan , tapi make sure jangan sampai terkeluar dari tujuan asal perniagaan 
































No comments:

Post a Comment